fbpx

Lagi pasar malam di Daerah Barat Daya diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRUL (kiri) menyerahkan bantuan makanan kepada pihak pengurusan Pangsapuri Nuri di Bayan Lepas di sini hari ini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Operasi perniagaan di pasar malam Taman Perda, Teluk Kumbar di sini diarah tutup sementara buat kali kedua berikutan laporan satu kes positif Covid-19 membabitkan Kluster Bayan di Mukim 9 semalam.

Arahan penutupan sementara pasar malam yang diadakan setiap Selasa itu adalah menerusi perbincangan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Perda bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Beliau berkata, pembukaan semula pasar malam terbabit akan dimaklumkan kelak selain bergantung pada perkembangan terkini wabak itu.

“Saya telahpun mengadakan perbincangan bersama MPKK selaku penganjur pasar malam Taman Perda dan keputusan kami bersetuju untuk menangguhkan operasi perniagaan pasar malam itu bermula esok, 3 November.

“Penutupan sementara ini adalah bertujuan membantu mengawal penularan Pandemik Covid-19 selain sama-sama mematuhi prosidur standard operasi (SOP) yang ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Minggu lalu, operasi dua pasar malam iaitu di Bayan Lepas dan Mahsuri, Bayan Baru diarah menangguhkan operasi sehingga diberitahu kelak susulan beberapa laporan kes positif Covid-19 di Mukim 12 melibatkan kluster sama.

Terdahulu, beliau menganjurkan Program Bantuan Makanan Covid kepada individu yang diperintah kuarantin di sekitar Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas.

Setakat semalam, terdapat 23 kes baharu yang direkodkan di Pulau Pinang dengan jumlah kumulatif kes positif adalah 1,017 kes.

Kluster baharu iaitu Kluster Tembaga dilaporkan melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya dengan tujuh individu dikesan positif semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI