fbpx

Hartalega tidak berniaga di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang NGC Hartalega di Sepang.

KUALA LUMPUR – Hartalega Holdings Bhd. (Hartalega) menegaskan mereka tidak mengelolakan sebarang perniagaan menerusi media sosial dan menasihatkan pengguna supaya berhati-hati agar tidak terpedaya dengan pengendali skim penipuan jualan sarung tangan yang menggunakan jenama syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, ramai penipu bertindak mengambil kesempatan mengumpan bakal pembeli dengan membuat dakwaan palsu berikutan permintaan tinggi untuk sarung tangan ketika ini.

“Dakwaan mereka berkisar tentang bekalan stok dan peruntukan sedia ada sarung tangan nitril dan lateks jenama GloveOn, yang merupakan jenama milik Hartalega.

“Skim penipuan mereka termasuk membuat dakwaan bahawa mereka merupakan peruntuk stok untuk Hartalega dan meminta bayaran didepositkan ke dalam akaun eskrow atau akaun pihak ketiga serta menggunakan media sosial untuk menarik pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mun Leong

Tambah Mun Leong, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap penipu sarung tangan yang telah dikenal pasti dengan membuat beberapa laporan polis dalam tempoh beberapa bulan lepas.

“Sebagai langkah susulan, kami telah memulakan tindakan undang-undang terhadap salah satu daripada pelaku, dengan prosiding mahkamah sedang dijalankan.

“Kami juga sedang berbincang dengan pasukan peguam kami untuk mengambil tindakan atau membuat tuntutan undang-undang selanjutnya terhadap penipu lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI