fbpx

Sebanyak 23 saingan F1 musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN F1 musim 2021 akan mengharungi 23 pusingan dengan perlumbaan membuka tirai berlangsung pada GP Australia, 21 Mac tahun depan.

IMOLA – Perlumbaan berprestij Formula Satu (F1) melakukan tindakan berani ketika pandemik Covid-19 melanda dunia apabila tetap menyenaraikan sejumlah 23 perlumbaan Grand Prix (GP) menjelang musim 2021.

Gara-gara Covid-19, perlumbaan pada tahun ini sepatutnya berlangsung 21 pusingan, namun terpaksa dikurangkan kepada 17 perlumbaan selain menyaksikan saingan itu berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Perlumbaan musim 2021 akan membuka tirai pada 21 Mac bagi GP Australia dan seminggu selepas itu berlangsung bagi GP Bahrain.

Pengumuman tersebut memberi reaksi kurang se­nang beberapa pasukan selepas mengakui terbeban dengan perlumbaan yang banyak.

“Sudah pasti dengan 23 perlumbaan akan membuatkan mekanik kerja lebih banyak. Selama 23 minggu jauh dari rumah membuatkan pasukan berdepan kesukaran dan memerlukan dua pasukan,” kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.

Ketua pasukan Williams, Simon Roberts senada dengan Horner dan jika benar 23 perlumbaan berlangsung musim depan, maka pihaknya akan menggunakan sistem giliran untuk memastikan setiap kru pasukan mampu tampil cemerlang.

“Kami berharap dapat me­lakukan sistem penggiliran jadi tidak semua perlu pergi ke setiap perlumbaan,” kata Roberts.

Sementara itu, prinsipal pasukan Haas, Guenther Steiner mengakui 23 GP merupakan perlumbaan sukar dan akibat pandemik Covid-19 masih belum reda kemungkinan ada beberapa perlumbaan terpaksa dibatalkan.

“Mungkin ada beberapa perlumbaan terpaksa dibatalkan musim depan gara-gara Covid-19. Sukar bagi pasukan untuk menghadapi 23 perlumbaan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI