fbpx

Ahmad Samsuri jalani pembedahan lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri.

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terenggganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengalami kecederaan ligamen lutut akibat terjatuh kerana melakukan aktiviti riadah hari ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, Ahmad Samsuri telah dikejarkan ke hospital sebelum menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital di bandar raya ini.

“Beliau telah mengalami kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat terseliuh kerana menahan badan daripada jatuh sewaktu melakukan aktiviti riadah.

“Pembedahan telah diselesai dan beliau telah diberi cuti sakit selama enam minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, sepanjang tempoh penyembuhan, Ahmad Samsuri telah dinasihatkan doktor yang merawatnya agar mengurangkan pergerakan fizikal.

Begitupun, beliau memberitahu Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang akan tetap berusaha menjalankan tangggungjawabnya mentadbir kerajaan negeri termasuk menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu tidak lama lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI