fbpx

Wanita hamil tawar jual buah pinggang dapat perhatian PPZ-MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej viral wanita hamil yang mahu jual buah pingggang kerana desakan hidup.

PUTRAJAYA – Seorang wanita hamil yang kisahnya tular di media sosial kerana mahu menjual buah pinggang atas desakan hidup mendapat perhatian Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kisah tular itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum berkongsi perkara itu di laman sosialnya.

Zulkifli berkata, PPZ-MIAWP sudah berhubung dengan wanita berkenaan dan menghulurkan bantuan awal sebanyak RM5,000.

Beliau berkata, difahamkan, Lembaga Zakat Selangor juga sedang mengusahakan bantuan kepada wanita itu.

“Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai.

“Saya dimaklumkan beliau juga sedang hamil. Moga Allah S.W.T. keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup,” katanya.

Menjawab persoalan nertizen di ruang komen, Zulkifli berkata, hampir setiap hari agensi-agensi agama diperingkat persekutuan sentiasa turun ke lapangan mengesan golongan asnaf yang memerlukan.

“Tanggungjawab masyarakat sekeliling adalah melaporkan kepada pihak berwajib,” katanya.

Katanya, orang awam yang mendapat info mengenai mereka yang memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan supaya melaporkan segera kepada pihak berwajib.

Zulkifli berkata, beliau menyarankan untuk terus melaporkan perkara itu menerusi apliksi Mobile Jejak Asnaf (MoJA).

MoJA adalah usaha MAIWP untuk memaksimakan agihan zakat di Wilayah Persekutuan menerusi penyaluran maklumat awam membantu MAIWP mengesan potensi asnaf.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Apps Store.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI