fbpx

Sungai Kuang tercemar akibat sisa kebakaran kilang plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa meletakkan 43 beg activated carbon proses nyah bau untuk mengawal pencemaran di aliran masuk Sungai Kuang seterusnya mengelakkan ia mengalir sehingga ke Sungai Sembah dan Sungai Selangor.

SHAH ALAM – Kebakaran sebuah kilang memproses plastik di Jalan Kampung Orang Asli Kuang di sini mengakibatkan pencemaran Sungai Kuang, Rawang dekat sini malam tadi.

Kejadian kebakaran tersebut dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kira-kira 10 malam ketika menjalankan Ops Sumber Air di kawasan berhampiran Sungai Kuang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, berdasarkan maklumat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mendapati kebakaran berlaku kira-kira pukul 6 petang semalam sebelum berjaya dipadam pukul 4.30 pagi tadi.

Kata beliau, siasatan LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) mendapati sisa kebakaran tersebut telah membeku pada pemukaan air.

“Namun, sisa kehitaman akibat bahan terbakar mengalir masuk ke alur air di hulu Sungai Kuang sehingga menyebabkan kesan bau sekitar 3 ton melalui pensampelan bau yang telah dilaksanakan.

“Langkah awal nyah bau dilakukan dengan meletakkan 43 beg activated carbon untuk mengawal pencemaran di aliran masuk daripada Sungai Kuang seterusnya mengelakkan ia mengalir sehingga ke Sungai Sembah dan seterusnya ke Sungai Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jarak insiden pencemaran itu ke muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) terdekat iaitu Rantau Panjang dianggarkan sejauh 33 kilometer.

Mengulas lanjut, Loy Sian menegaskan tiada sebarang henti tugas atau gangguan bekalan air kepada pengguna dilaporkan.

“LUAS, Air Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang dalam proses untuk menghentikan sisa kebakaran daripada mengalir ke dalam sungai melalui cadangan pembinaan ban tanah di lokasi.

“Selain itu, Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122, Enakmen LUAS 1999 turut dikeluarkan LUAS kepada kilang terlibat berkenaan risiko dan ancaman insiden berkenaan kepada kualiti sumber air,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI