fbpx

Johor Bahru kini zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang murid Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Johor Bahru dikejar petugas kesihatan selepas lari untuk mengelak daripada ujian calitan Covid-19 baru-baru ini. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan memaklumkan daerah Johor Bahru kini diklasifikasikan sebagai kawasan Zon Merah bermula semalam.

Menurut beliau, maklumat menunjukkan kebanyakan kes yang dilaporkan di daerah ini melibatkan penularan di dalam keluarga dan tempat kerja.

“Memandangkan sebahagian besar kluster ini merupakan penularan keluarga dan tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri telah meletakkan institusi dan individu terbabit di bawah arahan pengawasan dan pemantauan di rumah.

“Penularan dalam keluarga adalah membimbangkan apabila ahli keluarga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di dalam rumah seperti yang biasa dilakukan apabila keluar rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pihaknya bagaimanapun memaklumkan keadaan semasa di negeri masih lagi terkawal dan semua pihak diharap untuk kekal bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat
yang kurang tepat.

Tindakan sedemikian katanya hanya akan menyukarkan petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Tambah Vidyananthan, setakat ini terdapat tiga kluster yang dikenalpasti di seluruh negeri Johor iaitu Kluster Kempas, Kluster Rinting dan Kluster Bayu.

Menurutnya, sehingga 29 Oktober 2020, kumulatif kes bagi Kluster Kempas adalah 42 kes iaitu lapan rakan sekerja, 17 ahli keluarga mereka, 11 rakan sekerja ahli keluarga mereka, dan lima orang pelajar serta seorang ahli keluarganya.

“Bagi Kluster Rinting pula, kumulatif kes bagi kluster ini sebanyak 10 kes yang melibatkan dua orang pekerja, enam ahli keluarga dan dua kawan kepada anak.

“Sementara itu bagi Kluster Bayu, kumulatif adalah sebanyak lapan kes melibatkan tiga rakan sekerja dan lima orang ahli keluarga mereka,” ujarnya lanjut.

Sehubungan itu pihaknya mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dalam norma baharu untuk mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI