fbpx

Kuala Lumpur impi gelaran naib juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (kiri) bertekad membantu kemenangan Kuala Lumpur ke atas Kuching FA, sekali gus mengesahkan status mereka sebagai naib juara Liga Premier musim ini. – KUALA LUMPUR HAWKS

MESKIPUN sudah mengesahkan slot ke Liga Super 2021 dan layak ke saingan Piala Malaysia, namun Kuala Lumpur masih belum puas untuk memburu kemenangan pada aksi terakhir Liga Premier bertemu Kuching FA bagi mengesahkan kedudukan sebagai naib juara musim ini.

Kapten Kuala Lumpur, Paulo Josue enggan rakan-rakan sepasukannya mengambil mudah perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu ini dalam usaha mendapatkan momentum untuk mengharungi saingan Piala Malaysia awal bulan depan.

“Fokus dan misi pasukan tidak pernah terjejas biarpun kemenangan itu tidak memberi sebarang kesan terhadap kejayaan kami layak ke Liga Super musim depan.

“Cuma, tiga mata pada perlawanan terakhir ini boleh meletakkan kami pada kedudukan yang lebih dihormati iaitu sebagai naib juara Liga Premier, sekali gus memintas status pasukan Terengganu FC II,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Josue mengakui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan sedikit sebanyak menjejaskan momentum skuad The City Boys ketika ini.

“Walaupun latihan sedikit terkesan disebabkan PKPB tetapi kami akan tetap memberikan aksi yang terbaik dan menang ke atas Kuching FA. Cuma, kami semua tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan lawan.

“Tidak boleh dinafikan ada sedikit kebimbangan melihat kepada kemampuan Kuching FA dengan empat kemenangan berturut-turut sebelum ini. Tugas kami mungkin sukar untuk me­raih kemenangan dalam perlawanan berkenaan, ” jelasnya.

Pemain tengah berusia 31 tahun tersebut telah bersama Kuala Lumpur sejak pertengahan musim 2017 dengan merekodkan 27 gol, selain muncul antara tonggak paling lama dalam skuad kendalian Muhammad Nidzam Adzha itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI