fbpx

Covid-19 : Ibu Pejabat Ketengah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU Pejabat Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Dungun.

DUNGUN – Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang terletak di Bandar Al Muktafi Billah, Bukit Besi dekat sini diarah tutup selama 14 hari ekoran penularan pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, penutupan itu selepas dua kakitangan agensi tersebut telah disahkan positif Covid-19.

“Ibu Pejabat Ketengah telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan selama 14 hari sehingga 9 November depan.

“Premis tersebut akan menjalani proses sanitasi sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Ahmad Nadzri berkata, semua kakitangan Ketengah telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan ibu pejabat terbabit.

Kosmo! Online semalam melaporkan tiga sekolah di Ketengah Jaya dekat sini yang terletak tidak jauh dari Bandar Al Mutafi Billah diarah tutup serta-merta berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan murid dan pelajarnya.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya dan SMK Teja Putra. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI