fbpx

Barcelona didakwa tolak peluang dapatkan Pogba, Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAIDA (kiri) bersalaman dengan Rivaldo selepas pemain Brazil itu menandatangani kontrak bersama AC Milan pada tahun 2002.

LONDON – Bekas ketua pencarian bakat Barcelona, Ariedo Braida mendedahkan bahawa kelab gergasi La Liga itu menolak peluang untuk menandatangani Paul Pogba dan Erling Haaland meskipun dicadangkan berulang kali.

Braida yang menyertai Barcelona pada tahun 2015 sebelum keluar dari Camp Nou tahun lepas adalah merupakan individu yang bertanggungjawab untuk merekrut dan berunding bagi mendapatkan bakat warga asing.

Pada masa sama, beliau juga sebahagian daripada jawatakuasa sukan yang turut melibatkan Presiden, Josep Maria Bartomeu; naib presiden, Javier Bordas, Jordi Mestre dan Alberto Soler yang akan membincangkan pembelian pemain sasaran.

Braida mengakui beliau terlibat dalam urusan tawaran untuk membawa Pogba ke Camp Nou, namun dia sedar bahawa kelab langsung tiada perancangan untuk memutuskan pembelian pemain tersebut.

“Ia bukan pembohongan. Ia adalan benar yang Alberto So­ler dan saya pergi ke Milan dan menemui lembaga pengarah Juventus. Meskipun perbincangan sudah berlaku, namun Barca tiada niat sama sekali untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

“Kenyataan akhirnya, Pogba kekal di Turin pada musim panas itu dan tidak pergi ke mana-mana kelab lain sekali pun. Saya kata dia seorang pemain hebat dan saya pernah bercakap mengenainya bersama Soler yang saya anggap mempunyai hubu­ngan peribadi baik dengannya.

“Bagaimanapun, secara profesional kami tidak boleh bekerjasama disebabkan saya tidak dibenarkan berbuat demikian,” katanya kepada Marca.

Braida, 74, yang turut mempunyai peranan sama di Milan sebelum itu turut mengenal pasti Haaland, pemain Inter Milan, Nico Barella serta pemain Roma, Nicolo Zaniolo sebagai sasaran tetapi kecewa apabila saranannya diabaikan oleh Barcelona.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI