fbpx

Rasuah RM100 kena denda RM10,000, penjara 2 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Tao didenda RM10,000 dan penjara dua minggu gara-gara memberi rasuah RM100 kepada pegawai imigresen. Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara Singapura dihukum penjara dua minggu beserta denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merasuah seorang kakitangan kerajaan di Bahagian Pemeriksaan Bas, Bangunan Sultan Iskandar, di sini Sabtu lalu.

Tertuduh, Yong Boon Tao, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Boon Tao didakwa cuba memberi suapan sebanyak RM100 kepada seorang Penolong Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

Suapan itu dibuat sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan undang-undang kerana melanggar skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) yang boleh menyebabkan dia diusir melalui Notis Penolakan Masuk (NTL).

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda sehingga lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Tertuduh turut didakwa dengan pertuduhan pilihan dibawah Seksyen 214 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Boon Tao kemudiannya membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan hukuman dijatuhkan mahkamah.

Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam memohon hukuman dikurangkan kerana telah insaf selain menanggung, isteri, dua orang anak dan ibu bapa yang sudah uzur.

Selain itu, peguam tertuduh turut memberitahu tertuduh yang merupakan seorang pengarah sebuah kilang plastik di sini turut menyumbang kepada ekonomi negara kerana menggajikan pekerja tempatan di syarikatnya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mahirah Mohd. Pauzi manakala tertuduh diwakili peguam, Hazza Khalid. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI