fbpx

Polis tahan Ronnie Liu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronnie Liu (tengah) tiba di IPD Petaling Jaya sebelum ditahan pihak polis.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew ditahan bagi membantu siasatan berhubung hantaran status di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di- Pertuan Agong.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ronnie Liu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

“Tangkapan dibuat bagi membolehkan kita jalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan rakam keterangan dan jika semuanya selesai beliau akan dibebaskan. Apapun bergantung pada keterangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Ronnie Liu tiba di IPD Petaling Jaya pada pukul 10.40 pagi sebaik tiba untuk membantu siasatan polis.

Kosmo! Online semalam melaporkan Ronnie Liu antara empat individu disiasat berhubung isu menghina Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan tersebut kini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

“Satu siasatan telah dijalankan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu kerana telah meninggalkan komen ‘Now In Bangkok, They Are Saying No To The King’.

“Akaun kedua yang sedang disiasat adalah melibatkan ciapan di Twitter Uncle Ireeve pada 25 Oktober lalu yang mempunyai unsur penghi- naan terhadap YDPA,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI