fbpx

Polis siasat unsur sabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa sedang mengambil sampel air di alur sungai Kampung Baru Balakong, dekat sini, semalam.

SHAH ALAM – Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk berkemungkinan unsur sabotaj berhubung pencemaran air di alur sungai Kampung Baru Balakong, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) berhubung insiden tersebut semalam.

Katanya, pemeriksaan awam oleh JAS mendapati terdapat minyak hitam yang terapung dikesan di atas permukaan alur air dari kawasan perumahan ke sungai tersebut.

“Berdasarkan laporan diterima mendapati perbuatan tersebut mempunyai unsur sabotaj dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor telah ke lokasi kejadian bersama tiga agensi lain iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Indah Water Konsurtium (IWK),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, beberapa sampel minyak bercampur air telah diambil untuk diuji kandungan tersebut bagi tujuan siasatan dan pendakwaan kelak dan kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“JSJ Selangor sebelum ini telah mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan air pada 20 Oktober lalu dengan sepakat menjalankan siasatan dan tindakan dengan cara bersepadu.

“Ini bagi memastikan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan dapat dibuat secara total demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri ini khasnya,” katanya.

Sementara itu, LUAS dalam kenyataannya memaklumkan kejadian pencemaran itu diterima hasil aduan orang awam pukul 6 petang semalam.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati bahan pencemaran tersebut seperti sisa minyak enjin terpakai yang dibuang ke dalam alur air.

“Lokasi pembuangan minyak tersebut merupakan kawasan bertakung dan disyaki pembuangan haram oleh pihak ketiga.

“Aliran air itu akan memasuki Sungai Balak dan seterusnya Sungai Langat dan LUAS telah meletakkan
oil pad dan oil boom di lokasi pembuangan minyak bagi menghalang aliran minyak ke alur seterusnya ke Sungai Balak,” katanya.

Terdahulu, beberapa siri pencemaran sungai telah dilaporkan berlaku di Selangor minggu lalu termasuk bahan biodiesel yang melebihi 10 ton daripada sebuah kilang pemprosesan minyak sawit di kawasan perindustrian Kundang Jaya, Kundang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI