fbpx

Dua maut insiden kapal Dayang Topaz dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRU Dayang Topaz yang terjun ke laut setelah kapal mengalami kecemasan.

MIRI – Difahamkan dua mangsa maut dalam tragedi kapal Dayang Topaz di perairan Baram di sini semalam masing-masing adalah Thomas Liang, 39 dan Aaron Michael Rajasgaran, 35.

Hal ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner, Lim Meng Seah ketika dihubungi hari ini.

“Kedua-dua mangsa merupakan kru kapal antara 187 individu yang terlibat dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 6.45 pagi semalam,” katanya.

Menurut maklumat daripada Maritime Rescue Coordination Centre Putrajaya (MRCC Putrajaya), kedua-dua mayat mangsa telah diterbangkan dari lokasi kejadian melalui Pesawat AW 189 Petronas.
Mayat mangsa telah selamat tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar pukul 5.40 petang pada hari yang sama untuk urusan pengecaman dan pengesahan identiti.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Komander Maritim Dr Suzanna Razali Chan berkata, 173 individu daripada 185 mangsa yang selamat telah tiba di jeti Pelabuhan Miri setakat pukul 7.35 petang semalam (27 Okt).

Dalam pada itu, 12 lagi kru kekal berada di atas kapal bagi memastikan keselamatan kapal yang terletak lebih kurang empat batu nautika dari Kuala Sungai Miri.

“Kesemua mangsa akan menjalani saringan Covid-19 (swab test) dan ditempatkan sementara di sebuah fasiliti penginapan bagi tujuan kuarantin selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan petang semalam.

Tragedi buruk itu disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh kapal Dayang Topaz yang terputus ekoran daripada cuaca buruk.

Oleh itu, kapal terbabit telah hilang kawalan dan kemudiannya melanggar sebuah platform pelantar minyak Baram B yang terletak di kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram.

Hal ini telah menyebabkan 125 anak kapal terjun ke laut manakala 62 lagi berada di atas kapal.

Kesemua mangsa merangkumi 185 kru warganegara Malaysia dan dua kru warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 21 hingga 63 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI