fbpx

Tidak boleh diterima – Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA bakal terlepas saingan Piala Dunia Qatar 2022 selepas bergelut dengan kecederaan lutut kanannya terkoyak ketika menjalani latihan pramusim di Los Angeles Julai lepas.

MANCHESTER – Bintang Manchester United menyifatkan laporan yang mendakwa dia akan keluar daripada skuad kebangsaan disebabkan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron terhadap Islam sebagai berita palsu.

Terdahulu, terdapat laporan berita dari Timur Tengah mendakwa pemain tengah Pe­rancis itu bertindak keluar daripada skuad Les Bleus kerana dikatakan kesal dengan kenyataan Macron yang menuduh Islam punca keganasan antarabangsa.

Macron dikatakan mengecam serangan terhadap seorang guru iaitu Paty, 47, yang ditikam dan dipenggal kepala ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah menengah di Conflans-Sainte-Honorine, kira-kira 40 kilometer di barat laut Paris.

Presiden Perancis itu menggambarkan insiden itu sebagai serangan pengganas Islam sambil menambah, hanya perpaduan dan keteguhan merupakan satu-satunya jawapan terhadap pengganas Islam.

Tiada sebarang tanda bahawa Pogba menyokong sebarang tindakan pengganas itu, namun ­laman web sukan Arab iaitu 195.sports.com mendakwa pemain tersebut kesal dengan gambaran Macron mengenai pengganas ­Islam.

Party sebelum itu dikatakan menjadi sasaran selepas menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW kepada para pelajar­nya.

Bagaimanapun, Pogba menafikan mengenai berita tersebut menerusi laman Instagramnya sebagai; “Tidak boleh diterima. Berita palsu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI