fbpx

Terengganu lancar program Mencari Safawi 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukairi (kiri) melancarkan program Mencari Safawi 2.0 di SMK Bukit Nenas, Setiu hari ini.

SETIU – Terengganu melancarkan program Mencari Safawi 2.0 untuk menjejak lebih ramai bakat baru tempatan yang mampu menjadi sehebat tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, matlamat program itu untuk mencungkil lebih ramai bakat baru dalam bola sepak yang mampu menjadi pelapis kepada Safawi yang merupakan anak jati Dungun.

Beliau berkata, siri jelajah ke seluruh negeri ini untuk mencari bakat baru berusia 13 tahun bakal bermula hujung tahun ini.

“Pemain yang akan dikenalpasti kelak akan diserap masuk ke Akademi Bola Sepak Terengganu yang terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas di sini.

“Kita sasarkan untuk mencari sekurang-kurangnya 20 pemain bagi ditempatkan ke akademi tersebut sejak tingkatan satu,” katanya selepas melancarkan program tersebut di SMK Bukit Nenas di sini hari ini.

Program Mencari Safawi 2.0 tercetus selepas Safawi yang pernah mendapat pendedahan awal bola sepak di SMK Bukit Nenas berjaya melebarkan sayap di Eropah.

Wan Sukairi berkata, sesi pemilihan peserta tersebut akan dilakukan oleh semua lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terdapat di Terengganu.

Tambah beliau, PPD akan dibantu dalam aspek kepakaran latihan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI