fbpx
Zazali (duduk kiri) bersama Elmi Fairul (duduk kanan) menandatangani perjanjian sambil disaksikan oleh Aminuddin ( berdiri, tengah) di Seremban semalam.

MBS jimat perbelanjaan bil elektrik RM3.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bakal menjimatkan perbelanjaan bil elektrik sehingga RM3.2 juta melalui pemeteraian perjanjiannya dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menerusi syarikat runcit tenaga boleh diperbaharuinya, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX).

Pemeteraian di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) bagi kontrak selama 21 tahun itu adalah untuk pemasangan panel solar di bumbung pejabat MBS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, projek pemasangan dengan kapasiti 720 kilowatt peak (kWp) itu dijangka siap April 2021.

“Sejumlah 919,800 kWh tenaga hijau yang dijangka dijana pada tahun pertama mampu mengimbangi pelepasan karbon hasil pembakaran 385 tan metrik arang batu setahun,” jelasnya.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin dan Pengarah Urusan GSPARX, Elmi Fairul Mashuri sambil disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Se­remban.

TNB menerangkan, melalui perjanjian tersebut, MBS menjadi Pihak Berkuasa Tempatan ketiga selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Seberang Perai yang menggunakan kepakaran GSPARX dalam pemasangan dan operasi panel solar bumbung.

Terbaharu, Malaysia Airlines Bhd. menandatangani perjanjian dengan GSPARX untuk pemasangan panel solar pada empat bangunannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

BERITA BERKAITAN