fbpx

Lebih 800,000 benih udang galah dilepaskan di Tasik Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) dan Zawawi (dua dari kanan) melepaskan sebahagian 400,000 benih udang galah di Sungai Coli, Tasik Kenyir dekat Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Pemancing tidak lama lagi bukan sahaja boleh ‘memburu’ ikan air tawar pelbagai spesies, tetapi juga udang galah di Tasik Kenyir dekat sini.

Tasik buatan manusia terbesar Asia Tenggara itu bakal menjadi menjadi syurga buat peminat udang galah selepas lebih 800,000 benih hidupan tersebut telah dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, inisiatif melepaskan benih udang galah itu merupakan usaha terbaharu bagi memberi nilai tambah kepada Tasik Kenyir.

“Setakat bulan Oktober ini sahaja, kita telah melepaskan 802,260 benih udang galah iaitu 402,260 benih pada 20 Oktober lalu dan bakinya 400,000 benih hari ini.

“Kita harap sebahagian besar udang galah itu dapat membesar dan sudah boleh ditangkap pemancing dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya selepas benih udang galah dan ikan air tawar di Sungai Coli, Tasik Kenyir dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali.

Azman berkata, pelepasan lebih 800,000 benih udang galah itu sebahagian daripada program Pelepasan Sejuta Benih Ikan ke Tasik Kenyir.

Jelas beliau, ia selaras dengan hasrat Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang mahu populasi hidupan air tawar dan kepelbagaian biodiversiti di Tasik Kenyir dipulihara dan dipertingkatkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI