fbpx

UTM, RLS jalin kerjasama dalam bidang minyak dan petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UTM meterai MoU bersama RLS secara dalam talian bagi menjalin kerjasama dalam bidang minyak dan gas.

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan anak syarikat Reservoir Link Energy, Reservoir Link Solutions Sdn. Bhd. (RLS) bagi mempergiat aktiviti penyelidikan dan akademik.

MoU yang dimeterai di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Skudai di sini itu menyaksikan UTM diwakili Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail yang menjalankan fungsi Naib Canselor manakala RLS diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Hassan Mohd. Jamil.

Ahmad Fauzi dalam ucapannya berkata, kerjasama itu berupaya menarik minat kakitangan UTM menjalin kerjasama dengan pihak industri selain membuka peluang lebih banyak mahasiswa UTM menjalani latihan industri khususnya dalam bidang minyak dan gas.

“Kerjasama itu merupakan platform bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua pihak penyelidikan bagi membangunkan inovasi bahan kimia yang akan digunakan dalam operasi minyak dan gas.

“Inisiatif ini secara tidak langsung akan membawa impak positif kepada peningkatan kualiti pendidikan dan penyelidikan dalam bidang minyak dan gas di Malaysia serta penjenamaan UTM di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kerjasama itu akan menyaksikan UTM melalui Pusat Kecemerlangan UTM-MPRC Institute for Oil and Gas menjalankan pelbagai aktiviti kolaborasi seperti penyelidikan dalam membangunkan inovasi bahan kimia khusus yang akan digunakan dalam operasi minyak dan gas, penerbitan bersama jurnal dan bahan akademik serta pemfailan bersama harta intelek.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM turut berkata, jalinan kerjasama itu juga bertujuan untuk menyokong dan melengkapi aktiviti Penyelidikan dan pembangunan (R&D) pihaknya dalam bidang minyak dan gas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI