fbpx

PKPB tak jejas persiapan PJ City FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain PJ City hanya menanti ‘lampu hijau’ untuk menjalani latihan di Stadium MBPJ menjelang saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung 6 November ini. – PJ CITY

KETUA jurulatih Petaling Jaya City FC (PJ City), K. Devan mengakui, persiapan pasukannya mengharungi kempen Piala Malaysia tidak terjejas meskipun berdepan cabaran apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor.

Pengendali berusia 53 tahun itu enggan menjadikan PKPB yang terpaksa dilaksanakan ekoran penularan pandemik Covid-19 sebagai beban, malah menyifatkan skuad bimbingannya tetap bersemangat untuk memberi fokus kepada sesi latihan ketika ini.

“Walaupun ketika ini masih PKPB tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak melakukan persiapan. Semua pemain memberi kerjasama yang sebaiknya untuk menghadapi saingan Piala Malaysia.

“Kami telah menjalankan kem latihan pusat di Negeri Sembilan dan kini menunggu ‘lampu hijau’ untuk menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Majlis Keselamatan Negara telah membenarkan aktiviti di padang bola sepak bagi tujuan latihan yang terhad kepada 10 orang.

“Saingan Piala Malaysia adalah kejohanan berprestij dan memang saya nampak kesemua pemain komited untuk memberikan aksi terbaik. Jadi, saya tidak mahu PKPB ini menjejaskan semangat pemain,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Devan enggan meletakkan sasaran awal, sebaliknya mahu melihat terlebih dahulu lawan PJ City dalam undian Piala Malaysia oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada 1 November ini sebelum sepak mula kejohanan itu lima hari kemudian.

“Kami ada misi untuk Piala Malaysia, namun saya tak mahu menentukan sasaran terlalu awal sebab nak tengok dulu sesi undian­ berlangsung. Selepas itu barulah boleh agak sejauh mana kami mampu mara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI