fbpx

Henti sebar maklumat belum sahih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lapan petugas KKM Daerah Barat Daya melakukan proses sanitasi di 10 buah rumah asrama pekerja kilang di Lorong Kolam Ikan, Bayan Lepas baru-baru ini. - Foto AMIR IRSYAD OMAR

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Masyarakat disarankan supaya menghentikan penyebaran maklumat kurang tepat dan belum sahih berkaitan gelombang ketiga kes positif Covid-19 di negeri ini sehingga menjejaskan rutin harian penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, tindakan menyebarkan maklumat yang belum pasti kesahihannya sememangnya boleh menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk terutama individu yang berkeluarga termasuk warga emas.

“Berikutan tercatatnya kes positif wabak itu di Mukim 12 Bayan Lepas semalam (kelmarin), saya mengharapkan agar kita sentiasa tenang dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa mengamalkan SOP Covid-19.

“Masyarakat juga diingatkan supaya tidak menyebarkan berita yang tidak benar dan belum tentu sahih sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua penduduk mengambil langkah selamat seperti tidak pergi ke tempat yang sesak, elak membawa anak kecil ke pasar ketika mencari keperluan dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai lapan petugas KKM daerah Barat Daya telah melakukan proses sanitasi di 10 buah asrama pekerja kilang di Lorong Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini petang semalam susulan kes positif membabitkan seorang pekerja warga asing.

Kilang pengeluar produk tenaga solar berkeupayaan tinggi yang terletak di Bayan Lepas itu dikatakan telah menutup sementara operasi pengilangannya selama dua minggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI