fbpx
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong terpaksa mendaki dan membawa turun mayat, Yew Huat dari Stesen Tengah Bukit Bendera ke kaki bukit di Ayer Itam di sini tadi.

Bomba, polis daki bukit turunkan mayat tukang kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Anggota bomba dan polis terpaksa mendaki bukit bagi membawa turun mayat seorang lelaki yang ditemui mati di sebuah kebun sayur di Stesen Tengah Bukit Bendera, Ayer Itam di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Muzamer Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada pihak polis bagi membantu mengangkat mayat, Chee Yew Huat, 57, pada pukul 10.49 pagi.

Menurutnya, tindakan anggota bomba bersama pihak polis menuju ke lokasi dengan cara pendakian pada jarak 800 meter dari kaki bukit berkenaan.

“Mangsa telah disahkan mati oleh pasukan perubatan yang turut berada di situ dan anggota menurunkan mayat ke kaki bukit dengan menggunakan pengusung.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 12.44 tengah hari tadi. – K! ONLINE