fbpx

Remaja lemas ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Retroieno yang lemas ketika menjala bersama keluarganya di Sungai Linggiu, Felda Linggiu, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang remaja lemas ketika melakukan aktiviti menjala ikan bersama keluarganya di Sungai Linggiu, Felda Linggiu pagi tadi.

Mayat mangsa, Reyroieno Leo Anak Rosita, 14, ditemui petang tadi pada jarak kira-kira dua meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Azman Jantan berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 10.20 pagi.

Katanya, sebanyak sebuah jentera dengan kekuatan 13 orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai telah lemas semasa melakukan aktiviti menjala ikan bersama ahli keluarga mangsa.

“Operasi pencarian mangsa dilakukan oleh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat di Air (PPDA) disekitar kawasan mangsa lemas.

“Mayat mangsa kemudian berjaya dijumpai di kawasan berhampiran pada kedalaman tujuh meter,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya mangsa telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya susulan itu operasi ditamatkan kira-kira pukul 5.35 petang.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI