fbpx

Pemilik syarikat, broker tipu tender RM2.5 juta didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mad Nazri (kiri) dan Mohd. Yazzid (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan tender RM2.5 juta, April tahun lalu. Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik syarikat dan broker tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan projek kerja-kerja pembersihan hutan sehingga menyebabkan kerugian RM2.5 juta, tahun lalu.

Tertuduh, Mad Nazri Kasbi, 46, dan Mohd. Yazzid Ahmad, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Farid Nazzrin Ahmad.

Mengikut kertas pendakwaan, kedua-dua mereka dengan niat bersama-sama memperdaya seorang pemilik syarikat bagi mendapatkan projek kerja-kerja pembersihan di kawasan Sekakap, Jemaluang, Mersing.

Projek tersebut kononnya telah mendapat kelulusan Tunku Mahkota Johor sehingga mendorong mangsa menyerahkan cek bernilai RM2,500,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di sebuah firma guaman di Pusat Perdagangan Danga Utama, Skudai di sini pada pukul 2 petang, 11 April 2019.

Pendakwaan dikemukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choong Yew manakala Mad Nazri diwakili peguam bela, N. Rhubinii.

Mohd. Yazzid pula diwakili peguam, Shaik Saleem S. M. Daud.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI