fbpx

Patuhi SOP di kawasan Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Semua petugas media dan agensi berkaitan yang akan bertugas serta berada di sekitar kawasan Istana Negara hari ini diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, aplikasi pendaftaran MySejahtera akan digunakan serta semua pihak wajib memakai pelitup muka, membuat pemeriksaan suhu badan dan mendaftar kehadiran di kaunter disediakan.

“Petugas media akan dibenarkan untuk memasuki kawasan khas yang disediakan dengan petak khas penjarakan fizikal.

“Petugas media juga tidak dibenarkan untuk bergerak dan berada di atas jalan raya bagi mengelakkan gangguan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Peraturan itu berikutan satu mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang dijadual akan diadakan di Istana Negara, bermula pukul 2.30 petang hari ini.

Zairulnizam turut menasihatkan orang awam yang tidak mempunyai sebarang urusan supaya tidak berada di kawasan luar pintu Istana Negara bagi mengelakkan kesesakan.

“Kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan akan dikenakan tindakan kompaun serta-merta mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

“Sebarang tindakan provokasi oleh mana-mana pihak juga akan diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkaitan,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI