fbpx
VARDY tersisih dalam dua perlawanan sebelum ini akibat kecederaan paha tetapi mungkin kembali pada aksi menentang Arsenal awal pagi esok. – AFP

Leicester perlukan khidmat Vardy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER – Penyerang utama­ Leicester City, Jamie Vardy akan dipantau secara rapi oleh pasukan perubatan pasukan itu untuk memastikannya berada dalam skuad menentang Arsenal awal pagi esok.

Vardy tersisih daripada aksi Liga Europa menentang Zorya Luhansk kelmarin serta tidak diturunkan ketika mereka tewas kepada Aston Villa minggu lalu.

Bagaimanapun, khidmatnya sangat diperlukan oleh skuad bimbingan Brendan Rodgers itu pada aksi menentang Arsenal di Emirates.

“Islam Slimani dan Demarai Gray akan kembali bersama skuad ini dan saya juga berharap Jamie akan mampu untuk bersama kami ke Emirates. Dia sudah menjalani latihan kelmarin.

“Kami sangat merasai kehilangannya dalam dua perlawanan sebelum ini. Dia be­kerja keras dengan pasukan perubatan sepanjang minggu ini. Saya berharap dia mampu kembali cergas dalam tempoh segera,” kata Rodgers.

Leicester berdepan jadual yang cukup padat apabila mereka terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan sepanjang tujuh hari tetapi Rodgers me­ngakui ia adalah cabaran buat pasukan itu.

“Ini adalah apa yang kami mahukan. Perlawanan seperti ini dan jadual yang padat me­ningkatkan lagi kekuatan pemain dan mentaliti.

“Anda bermain dengan baik kemudian mendapatkan keputusan yang bagus tetapi perlu segera melupakannya kerana ada perlawanan lain yang menanti,” jelasnya. – AGENSI

 

BERITA BERKAITAN