fbpx
Dari kiri, Aaron, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir dan Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon pada sesi pelancaran kad kredit baharu AmBank dengan kerjasama Visa baru-baru ini.

AmBank lancar kad kredit rebat tunai baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – AmBank Group (AmBank) memperkenalkan kad kredit baharu, AmBank Cash Rebate Credit Card yang memberi rebat tunai sehingga lapan peratus bagi pembelian barangan runcit, barangan farmasi dan berbelanja secara online, termasuk tambah nilai e-dompet.

Ia susulan kolaborasi strategik antara AmBank dengan Visa bagi meningkatkan proposisi dan penawaran kad kreditnya di pasaran.

Kad berkenaan dilancarkan bagi memenuhi keperluan norma baharu pelanggan, dengan sasaran untuk menangani tingkah laku perbelanjaan pengguna masa kini dalam membeli barangan keperluan.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Visa bagi menyediakan pengalaman berbelanja yang lancar dan ganjaran menarik buat pelanggan.

“Mengambil kira kelakuan perbelanjaan semasa, kami melancarkan kad yang menepati keperluan pelanggan.

“Jadi, kami memilih tiga kategori ini iaitu barangan runcit, farmasi dan online yang membolehkan perbelanjaan untuk barangan keperluan menjadi lebih menjimatkan,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini.

Menerusi kad baharu itu, pelanggan boleh menikmati rebat tunai apabila membeli barangan keperluan di pelbagai peruncit terkenal seperti Jaya Grocer, Giant, Tesco, AEON, Village Grocer, Mercato, Cold Storage dan Econsave.

Bagi perbelanjaan di farmasi, mereka akan menikmati rebat tunai apabila berbelanja di Caring, Guardian, Watson dan Big Pharmacy, antara lain.

Selain itu, pelanggan turut menerima pulangan tunai sebanyak 0.1 peratus tanpa had bagi setiap perbelanjaan runcit lain yang layak.

Kad baharu itu turut menawarkan rebat faedah kad kredit sebanyak 10 peratus dan tidak mengenakan yuran tahunan.

Sempena pelancarannya, pemohon baharu untuk kad berkenaan layak mendapat pulangan tunai tambahan 30 peratus apabila mereka memohon, mengaktifkan kad dan berbelanja minimum RM500 dari sekarang hingga 31 Disember 2020.

Permohonan boleh dibuat di ambank.com.my/agr.