fbpx
Mayat seorang tukang masak warga Bagladesh yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dijumpai terbaring di atas tilam di sebuah rumah yang berkunci di Jalan Chai Leng Park, Pulau Pinang hari ini.

Tukang masak mati sakit jantung dalam rumah berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang tukang masak warga asing dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dalam sebuah rumah berkunci di Jalan Chai Leng Park, Perai di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, ketika dijumpai, mangsa yang juga seorang lelaki warga Bangladesh terbaring di atas tilam dalam sebuah bilik dalam keadaan berkain sarung sahaja.

Katanya, hasil siasatan mendapati, bomba terlebih dahulu tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai mangsa yang didakwa tidak sedarkan diri dan terpaksa memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Pegawai perubatan dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang sampai ke lokasi kejadian tidak lama selepas itu kemudian mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut ke atas tubuh badan mangsa bagaimanapun tidak menjumpai sebarang kecederaan luaran atau unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan kegiatan jenayah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas Shafee, berdasarkan keterangan majikan mangsa, lelaki berusia 47 tahun itu telah bekerja sebagai tukang masak sejak tiga tahun lalu dan menyewa di rumah berkenaan.

Tambahnya, hasil bedah siasat kemudian mengesahkan bahawa sebab utama kematian mangsa adalah berpunca serangan jantung.- K! ONLINE

POPULAR