fbpx

Lima pemain Gergasi Merah digugurkan sebab tamat kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHFIZUL mengesahkan lima pemain Gergasi Merah digugurkan dan mereka tidak terlibat dengan kem latihan pusat pasukan di Seremban, Negeri Sembilan sejak kelmarin.

SKUAD Selangor terpaksa me­ninggalkan lima pemain yang tidak disambung kontrak daripada menyertai kem latihan pusat pasukan di Seremban, Negeri Sembilan sejak kelmarin sebagai persiapan untuk mengharungi kempen Piala Malaysia awal bulan depan.

Sebagai rekod, pasukan Gergasi Merah yang dibimbing oleh pengendali sementara, Michael Feichtenbeiner dilaporkan menggugurkan tiga pemain se­nior dan dua pemain remaja daripada skuad yang bakal mengharungi kejohanan berprestij itu.

Pengurus pasukan Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan, keputusan tersebut dibuat untuk memberi ruang dan peluang kepada pemain-pemain terbabit bergerak bebas dalam usaha mencari kelab baharu untuk diwakili pada musim depan.

“Lima pemain yang telah digugurkan tidak dibawa menyertai kem latihan pusat pasukan yang berlangsung di Seremban bermula semalam (kelmarin) hingga Isnin ini.

“Keputusan itu dilakukan berdasarkan perancangan jurulatih dan pada masa sama memberi ruang buat mereka mencari pa­sukan baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Difahamkan, lima pemain yang digugurkan adalah Nick Swirad, Khyril Muhymeen Zambri, Anwar Ibrahim, Zahril Azri Zabri dan penjaga gol, Farizal Harun.
Feichtenbeiner turut menaikkan pangkat beberapa pemain pasukan feeder, Selangor II seperti Bajram Nebija, Quentin Cheng, Danial Asri, Aqil Fadhly dan Sharul Nazeem untuk dise­rapkan dalam pasukan yang akan bersaing dalam saingan Piala Malaysia nanti.

Sementara itu, Feichtenbeiner mengakui sangat lega apabila pasukan akhirnya dapat menjalani latihan intensif di luar Selangor selepas sebelum ini terpaksa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) memandangkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor sejak 14 Oktober lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI