fbpx

5 PATI lolos dari depot tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Depot Tahanan Imigresen (DTI) Pekan Nanas, Pontian.

JOHOR BAHRU – Seramai lima tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Pekan Nanas, Pontian pada 17 Oktober lalu.

Difahamkan, semua tahanan itu membabitkan kes imigresen dan sedang dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

Mereka dikesan dipercayai meloloskan daripada tahanan setelah pihak imigresen melakukan pemeriksaan di depot berkenaan.

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor gagal.

Malah usaha bagi mendapatkan penjelasan Pengarah Imigresen, Baharuddin Tahir juga gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu pada 17 Oktober lalu di Balai Polis Simpang Renggam.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI