fbpx
Che Ta bersedia membantu SPRM dalam siasatan kes Macau Scam dan pengubahan wang haram jika dipanggil.

‘Ingat saya hadap sangat duit orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selebriti popular yang juga usahawan terkenal, Rozita Che Wan menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai penglibatannya dalam aktiviti pengubahan wang haram dan sindiket penipuan Macau Scam.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin turut menolak dakwaan yang dia telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes yang sedang mendapat perhatian ramai.

Menurut Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Abu Bakar, 46, perniagaan yang diusahakan selama ini tiada kena mengena dengan beberapa individu yang sebelum ini dikaitkan dengan kegiatan penipuan Macau Scam.

“Gila. Mana ada. Ingat saya hadap sangat duit orang. Saya ada duit sendiri dan berniaga hasil titik peluh sendiri.

“Siapa yang buat cerita saya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram, mari sini saya koyakkan mulut dia,” ujar Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Che Ta me­ngakui dia pernah bertemu dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan isteri­nya yang dikaitkan dengan
kes terbabit.

“Dia (wanita itu) bayar saya untuk buat kemunculan hari lahir anaknya. Dia hubungi saya melalui seorang pereka fesyen. Saya muncul satu jam sahaja, selepas itu sudah tidak pernah berjumpa. Waktu itu Zulin (Aziz) pun ada.

“Kemunculan saya itu dibayar dan dia bayar penginapan saya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Kiranya, itu pertama kali dan terakhir saya berjumpanya iaitu sekitar tahun lalu, dua hari sebelum sambutan raya haji,” ­katanya.

Che Ta nafi terlibat dengan Macau Scam, pengubahan wang haram

Dedah Che Ta lagi, wanita itu melalui pereka fesyen ada meng­hubungi dirinya sekali lagi sekitar bulan lalu untuk membeli busana jenama kesayangan dirinya.

“Pereka fesyen itu ada berhubung dengan saya bulan lalu sebab wanita itu ingin beli dres satu jenama pakaian premium sebab dia ada acara bertemakan warna biru putih.

“Tetapi saya tidak jual dres itu sebab saya sayangkannya,” ujar Che Ta yang cukup dikenali menerusi drama Kiah Perkasam.

Ditanya sama ada dia bersedia sekiranya SPRM ingin melakukan siasatan terhadap dirinya, jawab Che Ta: “Berani kerana benar. Saya bersedia memberi kerjasama andai dipanggil SPRM untuk memberi keterangan dan di­siasat.”

Terdahulu, beberapa selebriti popular tanah air dipanggil SPRM bagi membantu siasatan aktiviti pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.

Selebriti itu termasuk Shuib Sepahtu dan Sharnaaz Ahmad yang mengakui ada berhubung dengan SPRM mengenai isu tersebut.

Kes ini semakin menjadi perhatian apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu mendedahkan, sindiket yang didalangi lelaki bergelar Datuk itu terlibat dalam kes peni­puan Macau Scam, judi online dan peni­puan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex.

Siasatan awal mendapati, sindiket pusat panggilan judi online antarabangsa yang melibatkan ahli perniagaan itu dipercayai menjalankan kegiatan mempromosi selain memperdaya mangsa pelaburan Forex.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN