fbpx

Suami kongsi foto pegang payudara, Syatilla rasa tidak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYATILLA tidak kisah dikritik netuizen kerana foto tersebut.

KUALA LUMPUR – Pelakon Syatilla Melvin merasakan bukan satu kesalahan suaminya, Shaheizy Sam berkongsi sekeping foto dirinya memegang payudaranya yang menjadi kecaman netizen baru-baru ini.

Kata Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29, terpulang kepada interpretasi netizen untuk menghakimi foto berkenaan.

“Mulut netizen memang saya tidak boleh tutup. Apa yang suami atau diri saya sendiri kongsi di media sosial, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

“Saya tidak rasa foto (pegang payudara) itu salah. Netizen ingin kritik, silakan. Saya rasa perkongsian foto itu satu perkara yang biasa. Mereka ingin hentam, saya buat tidak tahu sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Sementara itu, bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu memaklumkan dia baru melakukan menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital swasta semalam.

“Sudah dua tahun saya menderita tonsil bengkak. Asyik demam sahaja dan saya nekad buat pembedahan apabila muncul bau-bau yang kurang menyenangkan datang dari mulut dan bahagian tekak.

“Alhamdulillah, saya lega dan bengkak pun sudah tiada sangat. Tidak boleh bercakap banyak sangat dan doktor menyarankan saya untuk berehat,” katanya lagi.

Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI