fbpx

Saguhati RM1,000 untuk golongan miskin di Kelantan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim (tiga dari kiri) bersama enam bakal pengantin di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Semerak, Pasir Puteh hari ini.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Golongan miskin di negeri ini layak menerima sumbangan keraian nikah sebanyak RM1,000 menerusi Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang dilancarkan kerajaan negeri sejak sembilan tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, peruntukan saguhati itu bertujuan membantu pasangan muda yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, program yang bertemakan ‘Anda Bijak Kerana Berkahwin’ perlu disemarakkan kembali bagi tujuan mengelakkan golongan muda terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

“Skim yang dilaksanakan kerajaan negeri itu diberikan dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan berkaitan di pejabat kadi, pejabat ADUN atau boleh muat turun borang dari Facebook, Gerbang Az-Ziwaaj.

“Islam amat menggalakkan umatnya melangsungkan perkahwinan bagi mewujudkan ikatan yang sah antara lelaki dan wanita. Menerusi perkahwinan, ia mewujudkan rasa bertanggungjawab selain menghindar perlakuan zina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Skim Gerbang Az-Ziwaaj kepada enam bakal pengantin baru di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Semerak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Wan Hassan, kebanyakan masyarakat tidak tahu mengenai program tersebut yang menetapkan syarat mudah iaitu pasangan mesti warganegara Malaysia dan rakyat Kelantan yang melangsungkan perkahwinan pertama.

Katanya, pemohon perlu tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu mengikut kriteria serta budi bicara kerajaan negeri selain salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau wanita yang akan berkahwin yang layak menuntut skim itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI