fbpx

Covid-19: Lagi sekolah ditutup di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa dan penjaga mulai menjemput anak mereka di SMK DUHA yang bakal ditutup mulai esok hingga 29 Oktober ini susulan pelajar lelaki tingkatan satu sekolah berkenaan positif Covid-19.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Haji Adnan (SMK DUHA), dekat sini, ditutup mulai esok hingga 29 Oktober ini berikutan seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19 hari ini.

Menurut sumber, sekolah itu akan ditutup mulai esok (23) hingga 29 Oktober ini dan semua pelajar asrama diminta pulang ke rumah masing-masing kecuali mereka yang berada di zon merah atau rentas negeri.

“Pihak sekolah turut mengarahkan ibu bapa menjemput anak-anak mereka di asrama pada petang ini sebelum pukul 6 petang.

“Pelajar yang positif Covid-19 berkenaan merupakan pelajar lelaki tingkatan satu. Tindakan ujian swab Covid-19 sedang dijalankan oleh kakitangan kesihatan membabitkan individu yang sama-sama menaiki van sekolah bersama pelajar yang disahkan Covid-19 berkenaan,” katanya, di sini, tadi.

Sumber berkata, semua guru dan kakitangan sekolah kecuali pekerja pembersihan dan keselamatan diminta berada di rumah masing-masing dan menjalani kuarantin kendiri sehingga tarikh tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa ketika dihubungi menyatakan setakat pukul 2 petang ini, maklumat rasmi berkenaan penutupan berkenaan masih belum diperoleh.

Sementara itu, dalam satu surat rasmi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli kepada Guru Besar, Sekolah Agama Rakyat (SAR) An-Nur Springhill di Port Dickson semalam (21 Oktober) menyatakan arahan penutupan sekolah kerana pengesahan kes jangkitan Covid-19.

Menurut surat berkenaan, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan bahawa mana-mana sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berdasarkan surat bertarikh 21 Oktober yang mengesahkan terdapat jangkitan Covid-19 di sekolah (SAR An-Nur Springhill), sekolah diarah tutup mulai 22 (semalam) sehingga 28 Oktober ini.

“Guru-guru bekerja dari rumah dan melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di rumah berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses murid sepanjang penutupan sekolah,” ujarnya.

Semalam, dilaporkan SMK Tunku Besar Tampin ditutup sehingga 28 Oktober ini dan hari ini dilaporkan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Senawang iaitu sekolah swasta ditutup susulan pelajarnya positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI