fbpx

Berselipar pecah tabung dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Al-Falihin Kampung Alai, Kandang.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Polis negeri ini sedang menjejaki seorang lelaki yang melarikan wang sumbangan tabung masjid Al-Falihin Kampung Alai, Kandang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2. 20 pagi itu, berdasarkan rakaman kawalan kamera litar tertutup (CCTV) masjid, lelaki tersebut turut didapati telah masuk ke ruang solat wanita dalam keadaan memakai selipar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, laporan polis telah dibuat oleh salah seorang kariah kira-kira pukul 6.51 pagi selepas mendapati tingkap di tepi masjid berkenaan telah diumpil.

“Pemeriksaan pasukan polis di lokasi mendapati tingkap dan jeriji di bahagian tepi masjid berhampiran mimbar telah diumpil serta dipotong.

“Hasil semakan lanjut CCTV masjid menunjukkan suspek iaitu seorang lelaki bertubuh gempal telah masuk ke ruang solat wanita sebelum memecahkan sebuah tabung di situ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut Afzanizar berkata, hasil maklumat awal masjid tersebut mempunyai lima buah tabung, bagaimanapun hanya satu tabung yang terlibat dengan anggaran kerugian sebanyak RM300.

“Dimaklumkan kutipan duit dari tabung-tabung sumbangan itu dibuat seminggu sekali selepas solat jumaat.

“Kali terakhir kutipan dibuat oleh pihak masjid adalah pada Jumaat minggu lalu,” katanya.

Katanya, polis sedang menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI