fbpx

Zulkifli jawab gambar tular SOP solat PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Zulkfli, gambar yang dikongsi pengguna Twitter itu adalah gambar lama iaitu berlaku pada April lalu dan pihaknya telah menasihatkan ahli jawatan kuasa masjid sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Kekeliruan orang ramai tentang prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat berjemaah semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya terjawab hari ini.

Perkongsian tentang kekeliruan itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aizat Zulkarnain selepas memuat naik gambar yang memaparkan saf solat berjemaah di sebuah masjid.

Gambar berkenaan memaparkan solat berjemaah yang ditunaikan oleh lima orang jemaah dalam kedudukan tiga saf.

Aizat kemudiannya bertanyakan kedudukan saf itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan juga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui ciapan di Twitternya itu.

Menurut Zulkfli, gambar yang dikongsi pengguna Twitter itu adalah gambar lama iaitu berlaku pada April lalu dan pihaknya telah menasihatkan ahli jawatan kuasa masjid sebelum ini.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui ciapan balasnya pula memaklumkan pihaknya tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara itu.

Bagaimanapun kata mereka, penjelasan lanjut akan diberikan selepas mendapat maklumat lanjut daripada pihak berkenaan.

“Memang secara asasnya susunan saf hendaklah didahulukan pada saf yang pertama,” jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, gambar solat oleh lima orang jemaah dalam tiga saf telah tular di laman Twitter Majlis Keselamatan Negara sejak 13 Oktober lalu dan telah ditonton lebih hampir 4,000 kali.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI