fbpx

Kaki cedera, Soojin tidak sertai konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOOJIN

ANGGOTA kumpulan (G)I-DLE, Soojin mengalami kecederaan pada bahagian buku lali ketika menjalani latihan menari baru-baru ini.

Situasi tersebut sekali gus menghalang dia daripada menyertai penganjuran konsert yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Menerusi satu kenyataan daripada agensi UCUBE, Soojin sudah mendapatkan rawatan di hospital beberapa kali dan disahkan mengalami kecederaan ligamen.

“Doktor yang merawat memberitahu Soojin terseliuh pada bahagian buku lali. Mujur kecederaannya tidak serius.

“Dia perlu menjalani rawatan rapi selain dinasihatkan doktor untuk mengurangkan pergerakan, sekali gus tidak dapat menyertai konsert (G)I-DLE yang berlangsung pada 18 Oktober,” ujar agensi.

(G)I-DLE muncul dengan konsert 2020 SUPER ON:TACT secara maya anjuran stesen televisyen SBS bersama kumpulan ternama seperti TXT, MONSTA X dan ITZY.

Tanpa kehadiran Soojin, konsert tempoh hari menyaksikan hanya lima anggota kumpulan itu beraksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI