fbpx

273 kertas siasatan berita palsu dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Sehingga 21 Oktober 2020, sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 136 masih dalam siasatan, manakala 35 kes telah didakwa di mahkamah.

“Daripada jumlah itu, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan manakala 12 lagi diberikan notis amaran. Tindakan penguatkuasaan aktif juga sedang dijalankan pada masa ini berdasarkan laporan awam yang diterima.

“Dalam masa yang sama sebanyak 398 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19,” jelasnya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Ismail lagi, hari ini tular di media sosial berita palsu mengenai kononnya hampir 90 peratus individu yang positif Covid-19 telah mengunjungi pusat-pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya, dan sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang rasmi atau boleh dipercayai.

“Perkara yang belum tentu sahih, jika kita turut sebarkan dan sekiranya ia didapati tidak benar, anda juga boleh dikenakan tindakan.,” jelasnya.

“Sekiranya terhadap sebarang berita yang diragui kesahihannya, anda boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari WWW.SEBENARNYA.MY untuk menyemak kesahihannya,” jelasnya. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI