fbpx

Tiada insentif air kepada pengguna terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi (kanan) memberikan sumbangan air daripada Air Selangor kepada salah seorang penduduk Rumah Pangsa Rimba Jaya, sambil disaksikan oleh Rodziah (tengah) hari ini. FOTO : MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) tidak bercadang memberikan insentif air kepada pengguna yang terjejas susulan pencemaran Sungai Selangor, Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pihaknya tidak akan mempertimbangkan cadangan itu kerana henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor bukan disebabkan kesalahan yang dibuat oleh Air Selangor.

“Gangguan bekalan air ini adalah disebabkan oleh tindakan jenayah oleh penjenayah alam sekitar dan jadi kita tak akan pertimbangkan,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail menyampaikan sumbangan air kepada penduduk Rumah Pangsa Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Suhaimi menegaskan sebanyak 715 kawasan telah pulih manakala 577 kawasan pula masih lagi dalam proses pemulihan bekalan sehingga pukul 4.30 petang tadi.

Justeru, beliau menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya dan disalurkan kepada 1.2 juta pemilik akaun Air Selangor di seluruh Lembah Klang, seawal pukul 8 pagi, Khamis ini.

“Setakat tahun ini, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah dihenti tugas sebanyak enam kali,” ujarnya.

Mengulas mengenai pencemaran tersebut, Suhaimi berkata, Air Selangor menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI