fbpx

Sultan Sharafuddin zahir kebimbangan kemelut politik tiada kesudahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada berkesudahan sehingga menimbulkan keresahan seluruh rakyat.

Baginda bertitah. rakyat telah mula bosan dan meluat dengan segala tindak-tanduk ahli politik yang sentiasa dilihat bercakaran dan bertelingkah di dalam merebut kuasa pemerintahan negara.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut berdukacita kerana kebanyakan ahli-ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan ditambah pula dengan kedudukan ekonomi rakyat yang amat terjejas.

“Ahli-ahli politik seharusnya bertanggungjawab di dalam memastikan penderitaan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.

“Kesusahan dan penderitaan rakyat dalam kehidupan seharian perlu segera ditangani dan diselesaikan dengan mengambil pendekatan yang drastik dan efektif,” titah Sultan Sharafuddin di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian sebagai mengambil maklum dan menyokong penuh kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati ahli-ahli politik untuk bermuhasabah agar negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman wabak Covid-19.

Justeru, Sultan Sharafuddin mahukan semua pihak terutama ahli-ahli politik, untuk sentiasa bekerjasama tanpa mengira pendirian parti masing-masing dan sentiasa fokus di dalam membantu rakyat menangani masalah penyebaran wabak Covid-19 serta membina semula ekonomi negara yang teruk terjejas.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI