fbpx

Polis siasat isu pencemaran bau di Sungai Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azam

KUALA LUMPUR – Polis Selangor membuka kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, sampel air perlu diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca sebenar pencemaran itu berlaku.

“Kita jalankan siasatan bersama Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar.

“Setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan proses ini memakan masa serta memerlukan bantuan pakar dan forensik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Kosmo! hari ini melaporkan lima juta penduduk Lembah Klang sekali lagi terputus bekalan air apabila empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor menghentikan operasi semalam ekoran pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dipercayai berpunca dari kilang haram.

Gangguan bekalan yang berlaku ketika rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat Covid-19 itu menyebabkan ramai yang marah dengan masalah air yang bagaikan tiada kesudahannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI