fbpx

PDRM nafi laporan media berhubung Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUZIR

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menafikan laporan sebuah media yang memetik ‘Addy Kana’ dan ‘Datuk Alvin’ tidak terlibat dalam kegiatan Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihak media tersebut salah mentafsirkan kenyataannya.

Katanya, beliau menafikan penularan satu video berhubung perbualan dua lelaki bahawa dua suspek utama kes penipuan Macau Scam akan dilepaskan kerana mempunyai hubungan dengan pemimpin politik.

“Dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, beliau akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh Alvin dan Addy ini dalam satu sidang akhbar esok bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

“Mereka (suspek) merupakan koordinator bagi menyediakan kemudahan kediaman serta pusat panggilan yang dilengkapi peralatan teknologi bagi menjalankan kegiatan penipuan Macau Scam membabitkan warga China didalangi rakyat negara itu sendiri,” ujarnya.

Terdahulu tular satu video berdurasi 13 minit 34 saat berhubung perbualan telefon antara dua lelaki yang kononnya merujuk kepada mangsa dan dalang penipuan dalam talian yang tular sejak minggu lalu.

Perbualan itu merujuk kepada nama Addy Kana yang sebelum ini ditahan oleh SPRM pada 2 Oktober lalu, berhubung kes pengubahan wang haram hasil penipuan Macau Scam dan perjudian online.

Dalam perbualan itu juga, mangsa kononnya dapat menghidu taktik lelaki yang menipunya sebelum dia memperkenalkan diri sebagai ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kana.

Selain itu, lelaki itu juga dalam keadaan yakin menyatakan berulang kali bahawa Addy Kana akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI