fbpx

PBS sahkan tidak bertanding PRK Batu Sapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Maximus

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
mengesahkan parti itu tidak akan bertanding pada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, walaupun parlimen berkenaan adalah kerusi tradisi parti namun keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di Sabah.

“Keputusan terbabit sudah dibuat Biro Politik parti dalam mesyuarat baru-baru ini. PBS mengambil berat pelbagai aspek terutamanya keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Ia perkara yang perlu diberi keutamaan dalam situasi yang mencabar ketika ini berikutan Sabah terus mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 yang tertinggi di negara ini,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, Maximus turut memaklumkan beliau sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, beliau menyatakan parti itu akan menyokong mana-mana rakan kongsi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu bertanding pada PRK Batu Sapi.

“Walaupun belum diputuskan sama ada rakan lain dalam GRS bertanding atau sebaliknya, PBS komited dan akan memberi sokongan kepada bakal calon dan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan pihak GRS,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI