fbpx

Suri rumah maut, empat anak cedera parah di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pelbagai guna Toyota Innova dinaiki Nik Maznah dan ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 316.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal dekat Kemaman hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Perjalanan pulang enam sekeluarga ke Johor Bahru berakhir tragedi apabila seorang suri rumah maut manakala empat anaknya cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 316.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, Nik Maznah Nik Mat, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah bahagian badan dan beberapa anggota badan.

Empat anaknya, Nik Muhammad Nazrul Aieman, 21; Nik Anis Nadiera Mat Nafi, 17; Muhammad Aliff Irfan, 14; dan Muhammad Aizat Lukman, 9, pula cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.

Suami Nik Maznah, Mat Nafi Bakar, 51, yang memandu kenderaan pelbagai guna, Toyota Innova pula terselamat dan hanya mengalami cedera ringan pada tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mereka sekeluarga difahamkan dalam perjalanan pulang rumah di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru selepas menziarahi saudara di Besut.

“”Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Innova yang dipandu Mat Nafi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali.

“Kederaan pelbagai guna itu kemudiannya telah merempuh besi penghadang jalan sebelah kiri lebuh raya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat Nik Maznah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat manakala empat anaknya pula dirawat di unit kecemasan hospital sama.

Sementara itu, Mat Nafi yang ditemui sugul di perkarangan Rumah Mayat Hospital Kemaman enggan ditemubual kerana masih trauma dengan musibah menimpa keluarganya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI