fbpx

Kisona hanya tunggu masa untuk meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISONA memerlukan sedikit masa lagi menimba pengalaman serta memperbaiki kelemahan sebelum muncul sebagai pemain terbaik pada suatu hari nanti.

PEMAIN perseorangan wanita No. 2 negara, S. Kisona percaya kerja keras yang dilakukan ketika ini akan membuahkan hasil dalam usaha menjadi salah seorang pemain terbaik dunia suatu hari nanti.

Kisona yang berada di ran­king ke-92 dunia ketika ini dianggap antara permata baharu sukan badminton negara apabila sudah merangkul beberapa gelaran termasuk pingat emas Sukan SEA 2019.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata, dia memerlukan sedikit masa untuk menimba pengalaman serta memperbaiki setiap kelemahan bagi memastikan permainannya berada pada tahap terbaik.

“Apabila anda menanam benih, ia tidak akan menjadi sekuntum bunga serta-merta kerana ia memerlukan masa serta perlu disiram setiap hari untuk mekar.

“Begitu juga dengan sukan, anda perlu bekerja keras dan tidak boleh mudah berputus asa sehingga anda mendapat apa yang diinginkan iaitu menjadi pemain terbaik,” ujar Kisona.

Pemain yang menjadikan le­genda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai ido­lanya itu juga sedia untuk menampilkan aksi terbaik selain mengekalkan konsistensi apabila kejohanan kembali dianjurkan nanti.

“Sebaik sahaja kejohanan kembali bersambung, saya tekad untuk meletakkan sasaran paling tinggi serta tidak memandang remeh setiap kejohanan disertai.

“Tiga tahun lalu saya alami kecederaan agak serius dan saya yakin ramai tidak jangka saya boleh bangkit hingga ke tahap ini. Saya gembira kerana pe­ngorbanan itu sangat berbaloi,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI