fbpx

865 kes positif, dua kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

PUTRAJAYA – Sebanyak 865 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada dua kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 21,363 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 858 kes adalah penularan tempatan manakala tujuh kes import.

“Kluster yang dikesan hari ini ialah Kluster Hentian di Hulu Langat Selangor dengan tujuh kes dan Kluster Bukit di Melaka (15 kes),” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 190.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 455 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 13,717 setakat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI