fbpx
UPACARA perkahwinan Cunningham dengan pokok elder di Rimrose Valley Country Park, Liverpool diadakan secara sederhana pada tahun lepas.

Wanita kahwini pokok elder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATE CUNNINGHAM sanggup mengubah nama keluarganya kepada Elder selepas mengikat tali perkahwinan dengan sebatang pohon elder pada September tahun lalu.

Hasil perkahwinan pelik itu, dia memaklumkan dirinya lebih disayangi berbanding sebelum ini dan tidak mempunyai rancangan untuk bercerai.

Elder atau nama saintifiknya Sambucus nigra adalah spesies tumbuhan berbunga yang terdapat di kebanyakan negara Eropah dan Amerika Utara.

Wanita berusia 38 tahun itu memaklumkan, perkahwinannya dengan pokok yang membesar di Rimrose Valley Country Park, Liverpool, England itu merupakan salah satu keputusan terbaik yang pernah dilakukan.

Baru-baru ini, ibu kepada dua cahaya mata tersebut telah meraikan ulang tahun perkahwinan pertama bersama rakan-rakan dan sejambak bunga.

Ujarnya, kedua-dua anaknya tidak ikut serta meraikan ulang tahun itu kerana malu.

Bekas pembantu pengajar itu memberitahu, dia akan melawat pokok tersebut sekurang-kurangnya lima kali seminggu.

“Pokok perlu didahulukan. Mereka membuatkan kita terus hidup. Saya rasa perkahwinan ini adalah salah satu keputusan terbaik yang pernah saya buat.

“Saya dan beberapa rakan datang ke pokok ini untuk bertanya khabar dalam satu sambutan kecil,” katanya kepada agensi berita Britain, Mirror.
Cunningham berkata, tidak pernah sama sekali terlintas dalam fikirannya bahawa tindakan itu satu perkara yang sia-sia sebaliknya menganggap ia berlaku pada waktu tepat.

 

CUNNINGHAM memilih pokok elder disebabkan keunikan warna kulitnya.

 

Katanya, meskipun anaknya berusia 15 tahun berasa malu, namun dia yakin satu hati nanti remaja berkenaan akan memahami tujuan perkahwinan tersebut.

“Ini adalah sesuatu yang membuatkan saya berasa lebih yakin pada diri. Saya tidak peduli apa yang orang lain hendak kata.

“Berkahwin dengan pokok membuatkan saya berasa ada tujuan baharu dalam hidup. Saya juga telah menukar nama menjadi Elder. Ia memberikan saya satu perasaan baharu,” katanya.

Pada tahun lalu, Cunningham yang siap memakai gaun berserta hiasan bunga di atas kepala telah disatukan dengan pokok setinggi enam meter itu dalam satu majlis dihadiri oleh puluhan orang termasuk pemuzik dan penyair tempatan.

Perkahwinan seumpama itu diilhamkan seorang aktivis wanita di Mexico yang mengadakan upacara serupa sebagai protes dalam meningkatkan kesedaran mengenai pembalakan haram dan pembukaan tanah.

Cunningham juga berharap, upacara itu dapat menarik perhatian ramai dalam usaha menyelamatkan Rimrose Valley Country Park daripada pembinaan lebuh raya.

Penduduk tempatan telah berkempen untuk menghentikan jalan pintas baharu sejauh enam kilometer itu yang dikatakan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Menurut penduduk tempatan, laluan berkembar baharu itu akan merosakkan taman tersebut, mewujudkan suasana bising dan berlakunya pencemaran lalu lintas.

Projek yang sepatutnya bermula pada musim bunga 2020 di tunda akibat Covid-19.

 

BERKAHWIN dengan pokok membuatkan Cunningham berasa ada tujuan baharu dalam hidupnya.

 

Cunningham berhasrat mengadakan pesta ulang tahun lebih besar selepas ini bagi meraikan kejayaan kempen mereka.

Dia juga telah melancarkan satu kempen tahunan dikenali sebagai Marry A Tree Day bagi menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan berkahwin dengan pokok.

Mengulas tarikan pokok elder dikahwininya, Cunnigham berkata, dia memilih pohon itu disebabkan keunikan warna kulitnya.

“Saya keluar mencari pokok terbaik di kawasan ini. Apabila terpandang pokok ini, saya berasakan ia sangat sesuai untuk dikahwini,” jelasnya.

 

BERITA BERKAITAN