fbpx

Air pasang besar bantu operasi pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menanggalkan pukat yang tersangkut di kawasan paya bakau semasa operasi pembersihan tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini hari ini.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON – Air pasang besar setinggi 3.4 meter dilihat boleh membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan secara semula jadi bagi pembersihan Pantai Cermin, Batu 10, dekat sini yang tercemar dengan tumpahan minyak.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, fenomena itu bermula pukul 6 pagi tadi itu diharap boleh membantu operasi pembersihan yang memasuki hari ke hari keenam hari ini.

“Menurut Jabatan Laut, air pasang besar pada pukul 6 pagi tadi setinggi 3.4 meter dengan ombak yang tinggi. Situasi ini diharap boleh membantu lagi mempercepatkan proses pemulihan secara semula jadi jika keadaan cuaca panas.

“Minyak yang terdapat pada laut akan cepat meruap apabila cuaca panas dan ombak yang kuat,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad Azri menjelaskan, operasi pembersihan hari ini, pihaknya akan melakukan pemasangan ‘absorbent boom’ di pesisiran pantai dan pemasangan ‘absorbent boom’ sepanjang 12 meter berbentuk lingkungan bulatan di atas permukaan air laut menggunakan dua bot untuk memerangkap saki baki minyak.

“Hari ini kami melihat ada pengurangan minyak di pesisiran pantai dan dijangka boleh menghentikan operasi dalam satu ke dua hari lagi.

“Diharap pemasangan ‘absorbent boom’ dipermukaan laut ini mampu mengawal keadaan pantai agar semakin bersih dan lebih terkawal,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI