fbpx
Ramona Zam Zam

Hisap shisha ialah gaya hidup saya – Ramona Zam Zam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tindakan Ramona Zam Zam memuat naik sekeping gambar sedang menghisap shisha mendapat kecaman daripada netizen yang mendakwa kelakuan pelakon itu sebagai tidak sopan.

Dalam gambar yang dikongsikan di akaun Instagramnya, pelakon berusia 30 tahun itu dilihat sedang menghembuskan asap shisha di tepi pantai semasa bercuti di sebuah pulau di Johor baru-baru ini.

“Sabarlah, last (terakhir) shisha kat tepi pantai. Nak balik Kuala Lumpur,” kata juri ranca­ngan The Masked Singer Malaysia itu pada status foto tersebut.

Tindakan Ramona itu bagaimanapun tidak disenangi beberapa pengikutnya apabila terdapat komen menuduhnya berbangga menayang aksi tersebut.

“Buruknya nampak hisap shisha tu. Apalah hendak dibanggakan sangat dengan hisap shisha tu,” ujar seorang pengguna laman sosial itu.

Enggan berdiam diri, pemilik nama sebenar, Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam menepis dakwaan yang dilemparkan netizen tersebut.

Menurut pelakon filem KL Special Force itu, dia langsung tidak berasa bangga menghisap shisha sebaliknya ia merupakan sebahagian gaya hidupnya.

“Saya berkahwin dengan lelaki warga Palestin. Menghisap shisha menjadi rutin kehidupan kami.

“Emak mertua juga sediakan shisha selepas bernikah. Bahkan kakak ipar akan datang ke rumah saya untuk menghisap shisha sekiranya suaminya keluar be­kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Ramona turut memberitahu, dia tidak me­minta untuk orang lain untuk menyukai aktiviti itu kerana sekadar berkongsi kegiatan hariannya.
Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.