fbpx

49 individu sedang berhibur kena kompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafee (dua dari kiri) memeriksa dokumen pengunjung sebuah premis di Juru, Bukit Mertajam malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seramai 49 individu yang sedang berhibur di pusat hiburan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malam tadi.

Tindakan itu dibuat dalam Op Covid-19 Pemeriksaan Bersepadu selama kira-kira lima jam bermula pukul 9 malam yang melibatkan polis, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Jabatan Kesihatan negeri.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada setiap individu dalam pemeriksaan di dua premis cafe di Bukit Mertajam di sini.

“29 kompaun dikeluarkan di sebuah cafe di Juru, manakala tiga wanita warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan tinggal lebih masa.

“Dalam pemeriksaan di sebuah premis di Icon City, 20 kompaun dikeluarkan selain kita menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen hiburan serta dua wanita warga Indonesia kerana kesalahan imigresen,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas tiga peralatan hiburan termasuklah alat pembesar suara.

Sementara itu, Shafee berkata, kebanyakan orang ramai didapati mematuhi SOP apabila hanya dua peratus mengingkarinya berdasarkan pemantauan di seluruh daerah itu.

“Kadar pematuhan adalah 98 peratus.

“Antara kesalahan dikesan adalah tiada penjarakan sosial, premis tidak menyediakan alat pengimbas suhu dan cecair pembasmi kuman,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI